Bayi yang diberi makan makanan pejal sebelum 4 bulan berisiko:
Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum
mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes
berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian.
Penemuan
ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menuggu
sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi
mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama
dari Hospital Kanak-kanak Boston.
“Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak,” kata beliau.
Kajian
terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi
mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes
apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu
formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu
peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka.
Dalam
kajian ini, Huh dan rakan-rakan membuat pemerhatian terhadap 850 bayi
dan ibubapa mereka selama 3 tahun. Apabila bayi berusia 6 bulan, para
pengkaji bertanya pada ibu sama ada mereka telah diberi susu ibu – dan
jika ya, sudah berapa lama – dan bila mereka mula memberi bayi mereka
makanan pejal, seperti bijirin, buah-buahan dan produk tenusu.
Apabila
bayi tersebut telah berusia 3 tahun, pengkaji tersebut mengukur tinggi
dan berat mereka untuk menentukan kanak-kanak mana yang obes, yang
ditakrif sebagai berada dalam kalangan 5 peratus tertinggi dari berat
badan ideal (BMI) bagi usia dan jantina mereka.
Bagi bayi yang
diberi susu ibu untuk sekurang-kurangnya empat bulan, sebelum mereka
mula makan makanan pejal, tidak menunjukkan mereka menjadi obes usia 3
tahun. Tanpa mengira bila mereka mula makan makanan pejal, bayi susuan
ibu dalam kajian tersebut hanya berkebarangkalian 1 dari 14 sahaja untuk
menjadi obes sebagai kanak-kanak pra-sekolah.
Tetapi penemuan itu, yang telah diterbitkan dalam jurnal Pediatrics,
menunjukkan perbezaan bagi bayi yang diberi susu formula bermula dari
permulaan lagi, atau yang berhenti menyusu susu ibu sebelum usia 4
bulan.
Bayi-bayi tersebut mempunyai kemungkinan satu dari empat
menjadi obes pada usia 3 tahun jika mereka makan makanan pejal sebelum
usia 4 bulan. Jika ibubapa menuggu sehingga 4 atau 5 bulan, kemungkinan
itu menjadi satu dari 20 sahaja.
Kemungkinan menjadi obes
bertambah sekali lagi jika bayi-bayi tidak mula makan makanan pejal
sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hanya terlalu sedikit
daripada bayi-bayi itu untuk pengkaji-pengkaji untuk membuat satu
keputusan yang jelas tentang risiko menunggu lebih lama untuk memberi
bayi makan makanan pejal.
Di seluruh dunia, para doktor telah
mempromosikan pentingnya menyusu susu ibu dalam 4 untuk 6 bulan pertama
bayi. Bagaimanapun, di Amerika kira-kira separuh daripada bayi telah
diberi susu ibu kurang daripada 4 bulan, atau tidak diberi susu ibu sama
sekali, menurut Centers for Disease Control and Prevention.
Susu
ibu itu sendiri mengurangkan risiko bayi menjadi obes. Untuk bayi-bayi
itu yang dibesarkan dengan susu formula, ia penting untuk ibubapa mereka
menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya empat bulan sebelum
memberi makan mereka makanan pejal, kata penyelidik-penyelidik itu.
“Tatkala
ibu bapa mungkin mempunyai kesukaran menentukan jumlah yang betul untuk
memberi makan seorang bayi yang tidak diberi susu ibu, ia mungkin juga
‘cara bayi-bayi itu makan dan belajar untuk makan mempengaruhi risiko
obesiti mereka,’” kata Huh.
Dr. David McCormick, seorang pakar
kanak-kanak di The University of Texas Medical Branch di Galveston,
berkata yang masalah paling biasa beliau lihat ialah ibu bapa menambah
bijirin kepada susu formula tanpa terfikir tentang tambahan kalori yang
mereka beri kepada bayi mereka.
“Saya rasa itu adalah apa ramai
orang lakukan tanpa disedari, berpendapat bayi itu akan menjadi semakin
sihat atau membesar lebih cepat,” jelas McCormick, yang tidak terbabit
dalam kajian tersebut.
“Itulah bagaimana (orang dewasa) menjadi
terlebih berat,” katanya. “Mereka makan lebih sedikit daripada yang
mereka sepatutnya setiap hari.”
Kajian tersebut menunjukkan
berbicara dengan ibu bapa tentang bila untuk menambah makanan pejal bagi
diet seorang bayi adalah sesuatu yang pakar pediatrik harus lakukan
secara tetap, McCormick berkata. Memberi makanan pejal terlalu awal,
sama ada bersama dengan susu formula atau berasingan, “ialah seakan
menyediakan anak anda untuk obesiti.”
Lagi, katanya, “Kita tahu
dari kajian lain bahawa jika anda terlebih berat badan atau obes pada
usia 3 tahun, anda sangat berkemungkinan untuk kekal menjadi obes.”
sumber:http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/02/memberi-bayi-makanan-pejal-terlalu-awal.html
No comments:
Post a Comment