Monday, 9 June 2014

BAHAYA makan snek ringan ketika tonton Piala Dunia (FIFA WORLD CUP BRASIL)



sumber: KOSMO Online

KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak dinasihatkan untuk berwaspada dengan pengambilan kalori sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2014 yang boleh meningkat ekoran pengambilan snek ringan semasa menonton pasukan pilihan mereka beraksi.
Ketua Jabatan Dietatik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur, Ridzoni Sulaiman berkata, pola pemakanan tidak sihat boleh berlaku kerana makanan ringan lazimnya mengandungi jumlah kalori yang tinggi manakala minuman bergas kaya dengan gula.
"Perlawanan akan diadakan pada waktu dinihari menyebabkan ia lebih bahaya kerana kita kurang aktif dan lazimnya akan tidur semula selepas tamat perlawanan.


p/s: Wooo... kena ingat ni, sampai-smpaikan info ni pada suami,abah,adik, abang, kwn2 korang yang mana kaki bola tu, jangan makan snek ringan byk sangat, baik korang makan kurma ke, badam ke & minum susu, bukan minum minuman bergas tu, not good, not good! hehe.. Selamat Ber World Cup ye korang :-) anyway, admin pun suka WORLD CUP wink wink..

No comments:

Post a Comment