Wednesday 11 June 2014

OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM

Hari ini saya nak kongsi cerita tentang Produk Shaklee - OSTEMATRIX yang mampu memberikan sumber kalsium kepada anda, tambahan pula Ostematrix bukan sekadar kalsium, ianya mengandunig vitamin D, magnesium dan pelbagai lagi khasiat yang dapat membantu anda menjadi lebih sihat.

Berikut adalah keterangan mengenai OSTE;

Anda perlu tahu, tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrix™ membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


Jika berminat nak beli, meh la beli dengan saya, whatsapp saya untuk harga istimewa:)Untuk pengetahuan semua, saya sendiri telah mengamalkan memakan Ostematrix ni, kesannya ternyata menakjubkan, insyaallah dengan izinNYA, badan yang selalu rasa lenguh sana, lenguh sini semakin hilang, tak penah kejang lagi, terutamanya masa mengandung, lepas amalkan oste ni, pagi2 bangun dah tak kejang dah.  Kalau tak suka minum susu/ malas nak minum, OSTEMATRIX mampu menjadi gantinya:-) mudahkan telan je hehe.

CARA NAK ORDER

Hantarkan
whatsApp / sms / wechat / telegram

ke 012-3563179 (ZARINA) 
Email : zarinashungib@gmail.com
(Shaklee ID 1065040)
 

Disini saya kongsikan satu Artikel mengenai kalsium dan keperluan kalsium:

sumber:  http://farmasianis.tripod.com/kalsium.htm

KALSIUM adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.
Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :
bullet
fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
bullet
fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
bullet
proses pembekuan darah
bullet
kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.

Keperluan kalsium
Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari. 
Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada carta di bawah ini.
Lelaki
Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8 - 11
800
12 - 15
1200
16 - 18
1000
19 - 64
800
melebihi 64
800
Wanita
Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8 - 11
900
12 - 15
1000
16 - 18
800
19 - 54
800
melebihi 54
1000
Mengandung
1100
Menyusu bayi                   
1200
Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.
Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber-sumber kalsium
Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.
Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.
Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
bullet
3 gelas susu,
bullet
4.6kg daging,
bullet
15 biji telur,
bullet
70g cheese,
bullet
400g ais krim, atau
bullet
2 cawan yoghurt.

selamat ber Oste semua:)



No comments:

Post a Comment