Thursday 12 June 2014

JOM KURUS SECARA SEHAT BERSAMA SHAKLEE

Assalam semua,

Hari ini saya nak kongsi set kurus secara sehat bersama SHAKLEE
Perkara pertama kita mesti tau konsep
detox --> bakar --> bina
 

ALFAFA COMPLEX SEBAGAI AGEN DETOX


Supplemen yang dicadangkan untuk detox adalah Alfafa Complex kerana ianya berfungsi meransang usus untuk lebih cepat memproses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

Kenapa Perlu Detoks?

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.

Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
LECITHIN SEBAGAI PEMBAKAR LEMAK

Fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan. 






CINCH SHAKE SHAKLEE UNTUK MEMBINA

Kandungan dalam Cinch diperkaya dengan Leucine dan ianya dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet.
Untuk setiap hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protein,  24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.


Protein amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Kebaikan Cinch Shake
  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
Dari kajian klinikal, ianya membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle). 

Cara makan Set Kurus

Alfafa
5 biji alfafa sebelum breakfast
5 biji sebelum tidur

Lecithin
3 biji selepas lunch
3 biji selepas dinner

Cinch Shake

1 scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atau air kosong. Guna shaker.
Untuk permulaan ambil sekali sehari sebagai makanan gantian dan nak biasakan badan dengan pengmbilan cinch shake sebagai makanan gantian.  Samada semasa makan pagi, tengah hari atau makan malam.   Apabila habis 1 canister, ambil 2 kali sehari.  Kesan penurunan lebih cepat jika ambil makan pagi-tengahhari, makan pagi-malam atau makan tengah hari-malam

Pastikan anda minum air paling sikit 2 liter sehari. Boleh minum air segelas setiap sejam.

Sila kawal kalori pemakanan setiap hari. Ambil makanan berkhasiat. Elakkan makanan deep fry serta bergoreng. Exercise secara berkala dan jangan lupa berdoa ye.:)







No comments:

Post a Comment