Tuesday 29 April 2014

B-COMPLEX

Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan sarafdan kulit yang sihat.
Setiap kumpulan  B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia. 
1)  Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek pengeluaran tenaga  iaitu member tenaga dan mengurangkan keletihan.
2)  Vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
3)  Vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel. 
Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :
1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
8)      B12 - Cyanocobalamin
Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.


Untuk sebarang order dan konsultasi boleh hubungi saya;

Zarina Shungib
012-356 3179
zarinashungib@gmail.com

No comments:

Post a Comment